fbpx
Dr. Fie kelihatan sebaik ketika ditemui di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan selepas proses sulh tuntutan harta sepencarian. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP / KOSMO!

Tiada niat jatuhkan maruah Nubhan – Dr. Fie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie tidak berniat mengaibkan atau menjatuhkan maruah bekas suaminya yang juga penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad apatah lagi mensensasikan kemelut rumah tangga mereka.

Dr. Fie, 36, berkata, luahan yang dibuatnya di media sosial Threads miliknya hanyalah bersifat peribadi dan bukan untuk disebarkan kepada pihak media.

“Saya tiada niat hendak menjatuhkan dia atau menjadikan ini (sebagai) isu panas rakyat Malaysia, saya cuma meluahkan perasaan di media sosial, tetapi media yang petik luahan saya itu.

“Apa yang saya buat selama ini bukan untuk diri saya, tetapi untuk anak-anak dan jika saya hanya fikirkan diri sendiri, dah lama saya keluar,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di sini hari ini.

Dalam nada sebak, Dr. Fie menyatakan, anak-anaknya sangat berharap dapat terus tinggal di rumah yang mereka diami selama ini kerana sudah selesa dan sering bertanya mengenai barang sekolah serta mainan yang masih berada di kediaman tersebut.

“Saya sabar kerana anak-anak, saya tidak pernah fikir diri sendiri. Kalau saya hendak keluar rumah bila-bila (masa) boleh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI