KUALA LUMPUR – Seorang pejuang kanser sempat menitipkan hadiah istimewa kepada suami dan empat anaknya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini pada Khamis lalu. Nur Saidatul Akhmal Md. Yunus, 37, menghidap kanser usus tahap empat sejak Mei 2023 dan penyakit itu merebak ke paru-paru akibat daripada sel-sel kanser menjadi agresif. Sebelum meninggal dunia, dia sempat membeli kurta putih untuk suaminya dan jubah putih untuk empat anaknya yang masing-masing berusia tiga hingga 12 tahun.……














