PETALING JAYA – Seorang majikan berang selepas pembantu rumah dipercayai warga asing menghina dirinya dan isteri ketika membuat siaran langsung di media sosial pada waktu bekerja, semalam.
Hantaran itu dikongsikan pengguna Threads @Syfq_hr, selepas isterinya mengambil keputusan memberhentikan pembantu rumah walaupun sudah diberikan layanan baik termasuk gaji sebanyak RM2,000 sebulan.
“Hari ini juga isteri aku berhentikan dia (pembantu rumah). Sebab apa? Buat siaran langsung, burukkan isteri pada penonton dan rakan-rakan dia.
“Buat siaran langsung pula waktu bekerja. Bukan pertama kali buat siaran langsung pada waktu bekerja. Sudah banyak kali, tapi isteri saya masih sabar dengan kerenah dia,” katanya.
Difahamkan, pembantu rumah turut menghina isterinya dengan kata-kata kesat selain mendakwa majikannya seorang yang cemburu.
Perkongsian itu meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan majikan yang memberhentikan pembantu rumah berkenaan.
“Nampak tak hormat. Majikan bercakap dia main telefon. Ini umpama tikus ‘jatuh ke beras’. Hati hitam, tiada syukur,” komen @Mas_hm60.
“Kalau nak berhenti, berhenti terus. Kenapa kena jadi manusia yang suka burukkan orang. Bersyukur sahajalah orang ambil untuk bekerja,” komen @Adhekkechik_.
“Pembantu rumah ini mungkin cemburu dengan kehidupan isteri. Dia bandingkan kehidupan dia sampai benci diri sendiri, tapi salahkan isteri awak,” komen @_Afizah_amir. – KOSMO! ONLINE














