fbpx
Gambar kenangan Hana (dua dari kanan) bersama Syakirah Hanan (kiri) dan guru-guru tadikanya yang lain pada majlis Ihtifal dan Hari Anugerah Tadika Zahir Annur, Batu Buruk, Kuala Terengganu baru-baru ini.

[VIDEO] Nahas Honda Jazz: Hana rindu ‘Teacher Syakirah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – “Hana sayang teacher (cikgu), Hana nak (jumpa) teacher.”

Itu antara ungkapan berulang kali diucapkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, Hana Melissa Ahmad Fariz selepas dimaklumkan pemergian guru tadikanya, Allahyarham Syakirah Hanan Mazli yang maut dalam kemalangan pada semalam.

Ibu kanak-kanak itu, Mira Rozaliya Mohamad Rozaini, 34, berkata, biarpun bukan guru kelas, Allahyarham Syakirah Hanan merupakan cikgu paling rapat dengan Hana sewaktu anaknya berada di Tadika Zahir Annur, Batu Buruk pada tahun lalu.

“Sebaik mengetahui kemalangan itu menerusi perkongsian dalam kumpulan WhatsApp keluarga, Hana terus mendapatkan pengesahan daripada daddynya (bapanya).

“Dia menangis sebaik disahkan Teacher Syakirah telah meninggal dunia dan asyik merengek mahu bertemu jenazah arwah buat kali terakhir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mira berkata, kali terakhir Hana bertemu arwah Syakirah Hanan pada majlis Ihtifal dan Hari Anugerah tadika itu pada Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN