fbpx
Khatijah Rahindi (kiri) dan Nur Syaza Lina menunjukkan gambar Mohd Saiful Azli yang hilang bersama rakannya Mohd Fadzli ketika keluar menjaring dengan menaiki sebuah bot pada Jumaat lalu.

Mahu tatap wajah anak, walau apa pun keadaannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Ibu kepada salah seorang nelayan yang dilaporkan hilang sejak hari Jumaat lalu tetap mengharapkan anaknya dapat ditemui dalam keadaan selamat walaupun sudah memasuki hari keempat usaha pencarian dilakukan.

Khatijah Rahindi, 74, bagaimana pun reda sekiranya keadaan sebaliknya berlaku dan mengharapkan dapat menatap wajah anaknya, Mohd Saiful Azli Ahmad, 45, dalam apa juga keadaannya.

Katanya, sejak dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku kepada bot dinaiki anak sulung daripada tiga beradik bersama rakannya Mohd Fadzli, 41, itu, dia sentiasa memanjatkan doa agar mereka ditemui dalam keadaan selamat.

“Sebagai ibu, saya mahu menatap wajah anak walau dalam apa jua sekali pun. Saya berserah dan berharap semoga ada nelayan menjumpai mereka.

“Kebiasaannya jika mereka keluar sekitar pukul 6 petang, pasti akan balik ke pengkalan antara pukul 8 atau 9 malam,” katanya.

Mohd Saiful Azli Ahmad, 45, bersama rakannya Mohd Fadzli, 41, dilaporkan keluar menjaring dengan menaiki sebuah bot pada petang Jumaat lalu sebelum dilaporkan tidak pulang ke rumah dan bot mereka ditemui oleh nelayan tempatan pada pagi Sabtu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN