TANPA menggunakan barisan aksara, Darra Dalia Mohd. Nor Azim sebaliknya menjadikan kanvas dan coretan akrilik sebagai medium untuk berinteraksi. Di sebalik kekangan komunikasi dan bersosial kerana autisme, kanak-kanak berusia 11 tahun itu menemui solusi tersendiri untuk meluahkan perasaan, sekali gus menemukan ‘dunia’ dalam hidupnya. Artis muda neurodivergent itu menjadikan haiwan kesayangannya iaitu kucing sebagai inspirasi menghasilkan lukisan yang bukan sahaja bertindak sebagai terapi, tetapi ekspresi diri dan kestabilan emosi. Menurut ibunya Nolin Teh, sejak berusia dua dan tiga tahun, Darra…














