fbpx
Gambar Hiasan

Dua wanita rangkul pinggang, lentok kepala macam suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua wanita tanpa segan silu menunjukkan kemesraan luar biasa dengan merangkul pinggang dan melentok kepala atas bahu seperti pasangan suami isteri di kawasan terbuka medan selera.

Kejadian itu diceritakan oleh seorang pendakwah, Nabil Ahmad yang mengunjungi tempat tersebut sekali gus beliau memberi teguran secara umum kepada orang ramai supaya menjaga batas pergaulan.

“Mungkin apabila kita lihat suasana lelaki sama lelaki berbual itu biasa, perempuan ketawa sama perempuan itu juga biasa. Bahkan yang penting mereka jaga batas dan syariat, alhamdulillah.

“Namun semalam, saya terlihat gelagat dua wanita yang seakan akrab, malah lebih mengejutkan seperti sepasang kekasih yang berduaan di tempat terbuka. Tak salah nak berjumpa dan nak bergurau senda, namun kemesraan yang luar biasa membuatkan ramai rasa pelik dan kurang selesa.

“Bukan hanya aksi merangkul pinggang seperti suami isteri, bahkan melentok kepala ke bahu kawan seakan mesra yang luar biasa boleh timbul fitnah secara terbuka. Maafkan saya andai salah tafsirannya, tapi kurang elok dengan adab kemesraan walaupun sesama jantina seperti yang ditonjolkan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk mengelakkan perbuatan tersebut lebih-lebih lagi zaman ini dipenuhi dengan fitnah.

“Harus diingat, zaman ini penuh dengan fitnah. Saya jarang menegur secara terbuka namun kurang selesa apabila ada keburukan yang terzahir di depan mata.

“Jadikan ia sebagai nasihat berguna dan bukan niat membuka aib sesiapa. Berpesan pesan dengan kebenaran, berpesan pesan dengan kesabaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI