PUTRAJAYA – Siti Khadijah, peneraju telekung premium dan busana ibadah telah memperkenalkan koleksi terbaharunya untuk bulan Ramadan dan juga hari raya tahun 2026 iaitu Mushafe- Warisan Darul Iman.
Koleksi baharu ini diinspirasikan daripada Mushaf Terengganu, sebuah manuskrip Islam yang kaya dengan nilai seni, sejarah dan budaya.
“Ia juga menzahirkan kehalusan seni Nusantara yang diolah dengan sentuhan moden dan klasik bagi melahirkan rekaan yang anggun, sarat dan penuh bermakna,” katanya dalam kenyataan pada majlis tersebut.

Turut diperkenalkan adalah telekung asas baharu yang lengkap dengan kotak istimewa, menjadikannya sebagai pilihan ideal hadiah bermakna buat insan tersayang.
Telekung di dalam kotak itu sesuai dijadikan sebagai bingkisan perkahwinan, buah tangan majlis marhaban dan khatam al-Quran.
Selain itu, jenama ini turut memperkenalkan kempen JEDA- Damai Dalam Waktu yang memberi penekanan terhadap kerohanian dan ketenangan jiwa.
“Melalui mesej Pause for Peace ini, Siti Khadijah mengajak masyarakat untuk memanfaatkan ruang jeda untuk kembali kepada diri, keluarga dan juga Ilahi.
“Kempen ini menjadi usaha Siti Khadijah sebagai persediaan menyambut Ramadan dan Syawal dengan jiwa lebih damai,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE














