fbpx
GAMBAR fail beberapa buah durian dijual di sebuah kafe di Chinatown, Singapura. - Foto AFP

Demi sebiji durian, pembeli buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura membuat laporan polis selepas sebuah gerai enggan memulangkan wang sebanyak SG$5 (RM$16) sebagai ganti rugi bagi sebiji buah durian yang didakwa rosak, lapor laman berita VnExpress semalam.

Menurut laman berita Mothership, pelanggan itu memberitahu sebuah portal berita tempatan bahawa dia membuka durian kampung tersebut sejurus selepas pembelian dan mendapati isinya telah rosak, dengan kesan keperangan di bahagian tepi.

Bagaimanapun, apabila dia meminta durian ganti dengan menyertakan bukti bergambar, seorang pembantu gerai didakwa menolak permintaan tersebut.

Pembantu gerai memberi alasan bahawa durian itu sudah dibuka dan keadaan isi berkenaan adalah disebabkan oleh jenisnya.

Lelaki itu kemudian meminta bayaran balik, namun seorang pekerja gerai didakwa menyuruhnya menghubungi pihak polis.

Dia berkata, pekerja terbabit memegang sebilah pisau dan jelas bertindak secara provokatif. 

Laman berita Shin Min Daily News melaporkan, polis telah dipanggil ke gerai yang sama pada keesokan harinya oleh seorang pelanggan lain ekoran pertengkaran dengan penjual.

Pengurus gerai berkenaan ketika ditanya berkata, dia sedia maklum mengenai kedua-dua insiden itu, namun menegaskan bahawa aduan yang dikemukakan adalah tidak berasas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN