fbpx
Mohamed Azmin

Setiausaha Agung PN pun patut letak jawatan – Bendahari Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemimpin Pas berpandangan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga perlu meletak jawatan.

Bendahari Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menerusi hantaran di Facebook berkata, langkah itu susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN hari ini.

“Sekiranya Pengerusi PN meletak jawatan maka Setiausaha Agung juga perlu berbuat demikian,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Setiausaha Agung PN adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilantik ke jawatan berkenaan pada Disember 2024

Selain menerajui PN, Muhyiddin dan Mohamed Azmin juga masing-masing adalah Presiden dan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN