fbpx
Gambar hiasan

Pinjaman RM25,000 tak dapat, simpanan RM395,240 pula lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang wanita terkedu permohonan pinjaman peribadi telau membuatnya terjerat dengan sindiket penipuan atau ‘scammer’ sehingga kerugian RM395,240.

Pekerja swasta berusia 41 tahun itu hanya menyedari tertipu apabila tidak pernah memperolehi RM25,000 pembiayaan peribadi dipohonnya.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, pada mulanya, wanita tersebut berminat untuk memohon pinjaman peribadi daripada iklan agensi pemberi pinjaman yang dilihatnya di laman web pada Mac tahun lalu.

“Mangsa kemudiannya menghubungi individu mengaku kononnya wakil syarikat pemberi pinjaman berkenaan menerusi panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp.

“Pada mulanya, dia gembira dimaklumkan kononnya permohonan pembiayaan peribadinya berjumlah RM25,000 telau diluluskan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, wanita berkenaan kemudiannya diminta membuat pembayaran kononnya bagi urusan pinjaman terbabit sebelum melakukan pindahan wang berjumlah keseluruhan RM395,240.

Beliau berkata, kesemuanya dilakukan menerusi 51 transaksi ke dalam 38 akaun bank berbeza antara 28 Mac hingga 1 April 2024 namun mangsa tidak pernah menerima sesen pun pinjaman dipohonnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI