PETALING JAYA – Niat murni seorang lelaki membantu wanita yang kehabisan minyak motosikal di tengah jalan meraih perhatian ramai selepas dikongsikan di laman Threads.
Menerusi hantaran oleh @Ayah_pong di laman Threads, dia berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila melihat seorang wanita sedang menolak motosikal yang kehabisan minyak di bahu jalan, sebelum dia mengambil keputusan untuk menghulurkan bantuan.
Dalam hantaran tersebut, dia membantu menolak motosikal wanita terbabit ke stesen minyak berdekatan dan membenarkannya memandu keretanya sendiri ke lokasi sama.
Difahamkan, wanita tersebut dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
Tidak lama kemudian, muncul seorang penunggang motosikal lain yang turut membantu menunda motosikal itu.
Perkongsian itu dihujani pujian netizen yang memuji keprihatinan individu tersebut.
”Alahai, sebaknya rasa. Tolong-menolong tanpa kira agama atau bangsa. Terima kasih kepada insan-insan yang berhati mulia,” ujar @Farissyakirinnorizan.
“Teladan yg baik untuk seluruh rakyat malaysia,” komen @Kimileez.
“Tawakal betul abang nie. Lain ‘level’ punya husnudzon,” kata @Hye_mymy99.- KOSMO! ONLINE














