PETALING JAYA – Tular satu video memaparkan sebuah treler melanggar tiga kereta di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, daerah Alor Gajah, Melaka semalam.
Menerusi rakaman yang dikongsi di TikTok, beberapa kenderaan yang diletakkan di bahu jalan mengalami kerosakan selepas dilanggar dan diheret treler yang mahu memasuki laluan ke R&R tersebut.
Dipercayai semua pemandu kenderaan terbabit tidak berada di dalam kereta masing-masing semasa kejadian itu berlaku.
Tinjaun di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pemandu tersebut kerana dikatakan ruang tersebut cukup untuk dilalui oleh kenderaan itu.
Bagaimanapun, ada yang mengatakan tindakan pemilik kereta meletakkan kenderaan di laluan tersebut sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.
“Buat laporan polis saja. Kalau salah parking pun bukan boleh suka-suka hati untuk menghukum. Pihak berkuasa keluarkan saman saja dah tentu-tentunya parking dekat R&R itu penuh,” kata Ridzone.
“Parking penuh dekat, saya letak dekat parking lori. Isteri duduk dalam kereta saya keluar pergi tandas, gilir-gilir tunggu dalam kereta. Jangan susahkan orang lain,” kata Hussein.
“Memang salah tapi aku tak sampai hati nak buat macam tu,” kata Juebarr. – KOSMO! ONLINE
@cyberjayaviral Keadaan lori langgar beberapa buah kereta yang parking tepi jalan rnr ayer keroh #viral ♬ original sound – Cyberjayaviral














