fbpx
Gambar hiasan

Pekerja kedai roti rugi RM27,147 diperdaya ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang pekerja kedai roti dan bakeri kerugian RM27,147 akibat diperdaya sindiket penipuan tawaran pekerjaan yang tidak wujud.

Tambah parah, sebahagian wang yang diberikan kepada penjenayah tersebut dipinjam daripada ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pada mulanya, pekerja kedai roti berkenaan dihubungi individu tidak dikenali mengaku kononnya wakil platform e-dagang pada Khamis lalu.

“Mangsa ditawarkan peluang kerja sambilan secara dalam talian sebelum nombor telefonnya dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Telegram.

“Dia kemudiannya dijanjikan komisyen lumayan antara RM145 hingga RM10,000 setiap tugasan diberikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, wanita itu yang teruja melakukan tugasan tersebut yang memerlukan membuat pembayaran terlebih dahulu.

Beliau berkata, pekerja kerja roti itu melakukan pembayaran menerusi lapan transaksi ke dalam beberapa akaun bank berbeza antara Jumaat hingga semalam, namun mangsa tidak menerima komisyen dijanjikan biarpun sudah menyelesaikan lapan tugasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI