fbpx
Gambar hiasan

40 syarikat disyaki terlibat rasuah projek Tentera Darat disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat kira-kira 40 buah syarikat yang disyaki terlibat dalam pemberian wang rasuah projek perolehan Tentera Darat.

Menurut sumber, ketika ini siasatan memfokuskan kepada aliran wang yang disyaki masuk ke dalam akaun milik seorang pegawai kanan Tentera Darat, yang kini disiasat sebagai suspek yang disiasat sebagai kes rasuah.

Sumber memaklumkan bahawa pada Sabtu lalu, SPRM telah menjalankan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.

“Penggeledahan tidak menghasilkan sebarang sitaan wang tunai. Namun SPRM telah menyita beberapa barangan mewah bernilai tinggi termasuk jam tangan dan beg tangan mewah yang dipercayai berkait dengan siasatan,” katanya.

Menurut sumber, suspek semalam sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, namun beliau telah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada tarikh berkenaan.

“Setakat ini, suspek masih menerima rawatan dan belum dapat dirakam keterangan.

“SPRM telah merakam keterangan lima pemilik syarikat, dan jumlah keseluruhan saksi yang telah dipanggil bagi membantu siasatan adalah 10 orang,” jelasnya.

SPRM dijangka akan terus memperluaskan siasatan termasuk aspek aliran kewangan, perolehan projek dan kaitan individu serta syarikat yang terlibat, selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta SPRM 2009.

Pada Selasa lalu, pegawai SPRM telah hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dilaporkan akan bercuti bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pegawai kanan itu akan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN