fbpx
Anwar menghubungi Perdana Menteri Kemboja dan Thailand pada 21 Disember lalu

Ucapan terima kasih rakyat Kemboja banjiri hantaran Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja di media sosial semalam dihujani ucapan terima kasih daripada rakyat Kemboja.

Reaksi tersebut memperlihatkan penghargaan rakyat Kemboja terhadap peranan aktif Malaysia dalam mempromosikan keamanan dan kestabilan serantau selaras dengan semangat ASEAN.

Seorang pengguna media sosial dari Kemboja, Seang Long menzahirkan penghargaan terhadap usaha Anwar dalam membantu mewujudkan keamanan antara Thailand dan Kemboja.

Beliau berharap gencatan senjata selama 72 jam dapat diteruskan dan membawa kepada pelaksanaan penuh deklarasi keamanan yang ditandatangani sebelum ini di Malaysia.

Teng Rithy pula memuji kepimpinan Anwar yang disifatkan berprinsip dan tepat pada masa demi kepentingan masyarakat awam serta langkah membina kepercayaan antara kedua-dua negara.

“Sokongan Malaysia terhadap mekanisme pengesahan yang diterajui ASEAN membuktikan kepimpinan serantau yang bertanggungjawab,” katanya di ruangan komen.

Sementara itu, Sochivy Khieng menyifatkan kenyataan bersama antara Kemboja dan Thailand sebagai langkah penting ke arah meredakan konflik.

Menurutnya, beliau berterima kasih kepada Anwar selepas berbulan-bulan ketegangan yang menyebabkan ratusan ribu penduduk terpaksa berpindah

Dalam nada sama, Sovi Ra menyatakan rakyat Kemboja amat berterima kasih atas usaha dan kerjasama Anwar dalam menjayakan gencatan senjata.

Beliau turut mendoakan kesejahteraan buat Malaysia dan keamanan dunia.

Hantaran Anwar itu telah mencatat hampir 50,000 tanda suka setakat pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN