TAMPIN – Seorang warga emas buntu setiap kali memikirkan kemahiran menganyam tikar mengkuang dan bekas dodol yang dimilikinya bakal terkubur ekoran ketiadaan pewaris yang berminat untuk mempelajarinya. Rahmah Dalah, 87, berkata, tujuannya hanya satu iaitu mewariskan seni berkenaan dan tidak berhasrat untuk menjual produk berasaskan daun mengkuang itu. Katanya, dia belajar menganyam tikar dan bekas dodol digelar tampin itu selepas melihat arwah ibunya membuat peralatan tersebut. “Bila emak tiada di rumah, saya buka bali anyaman itu dan anyam semula. Saya…














