TEMA dekorasi futuristik semakin mendapat tempat dalam dunia rekaan dalaman moden kerana tampil dengan gaya yang bersih, sofistikated dan sarat elemen teknologi. Ia bukan sekadar menampilkan rupa ruang yang moden, malah mencerminkan gaya hidup masa hadapan yang praktikal, pintar dan berfungsi. Bagi mereka yang ingin mengaplikasikan konsep futuristik di kediaman atau ruang komersial, terdapat beberapa tip penting yang boleh dijadikan panduan agar hasil dekorasi tampak kemas, selesa dan berimpak tinggi. Menurut pereka dalaman bebas, Afiq Azlan, antara asas utama dekorasi……














