fbpx
Asyraf Wajdi.

Jangan tolak tawaran MRSM kerana miskin – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki merayu ibu bapa dan pelajar supaya tidak menolak tawaran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hanya disebabkan kekangan kewangan.

“Tolong jangan tolak tawaran MRSM hanya kerana faktor kemiskinan. Saya sudah minta pengurusan Mara dan MRSM agar bantu mereka yang susah. Bantuan Khas BUDI Mara juga ada disediakan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, pagi ini beliau dihubungi seorang kenalan yang memaklumkan mengenai sebuah keluarga susah di Pasir Mas, Kelantan apabila bapa tidak lagi bekerja selepas kemalangan manakala ibu hanya suri rumah di sebuah kampung pedalaman.

Katanya, keluarga itu mempunyai empat beradik dan baru menerima tawaran ke MRSM Jeli, namun mereka teragak-agak untuk menerima tawaran berkenaan kerana memikirkan kos perbelanjaan untuk ke MRSM serta sepanjang tempoh pengajian di sana.

“Saya terus telefon sahabat saya Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hariri untuk bantu perbelanjaan awal. Selebihnya insya-Allah saya dan Mara akan bantu,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI