fbpx
PEMAIN City yang mengalami peningkatan berat badan lebih 3kg tidak akan disenarai dalam pasukan untuk menentang Forest. - FB MANCHESTER CITY

EPL: Guardiola sedia tinggalkan pemain ‘gemuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memberi peringatan kepada barisan pemainnya supaya menjaga pemakanan semasa perayaan Krismas bagi memastikan fizikal mereka berada pada tahap terbaik.

Pengendali dari Sepanyol itu pastinya tidak mahu momentum kemenangan The Citizens terbantut akibat daripada berat badan pemain yang semakin naik gara-gara tidak menjaga pemakanan masing-masing.

Justeru, Guardiola memberikan amaran mana-mana pemain tidak akan berada dalam skuad untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest di City Ground malam ini sekiranya gagal ketika waktu timbang berat.

“Semua pemain akan menimbang berat masing-masing sebaik sahaja kembali daripada cuti Krismas. Saya akan berada di sana untuk sesi timbang berat itu dan mahu melihat sama ada mereka sudah ‘gemuk’ ataupun tidak.

“Saya tidak kisah sekiranya mereka mahu makan sepanjang perayaan, tetapi ia perlu berada dalam kawalan. Jika berat pemain naik lebih 3 kilogram (kg), mereka tidak akan dibawa ke Nottingham,” katanya.

Bekas jurulatih Barcelona itu berharap pemain-pemainnya sudah mendapatkan rehat yang cukup selain meluangkan masa bersama keluarga masing-masing sebelum kembali meneruskan misi mengejar takhta kejuaraan.

“Saya tahu kami berdepan jadual yang cukup padat sebaik sahaja memasuki Disember dan ini peluang untuk pemain berehat dan bersama keluarga. Selepas ini, kami akan kembali fokus untuk aksi Liga Perdana,” ujar Guardiola. – AGENSI27

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN