fbpx
Kemboja dan Thailand bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta berkuat kuasa tengah hari (waktu tempatan) pada Sabtu. - Foto Kementerian Penerangan Kemboja

Anwar sambut baik gencatan senjata Thailand–Kemboja, tekankan perlindungan orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan persetujuan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand yang berkuat kuasa pada pukul 12 tengah hari (waktu tempatan) hari ini.

Anwar dalam kenyataan di Facebook menegaskan keputusan menghentikan pertempuran dan mengekalkan kedudukan pasukan masing-masing mencerminkan keinsafan bersama.

Beliau berkata, sikap menahan diri amat diperlukan, terutamanya demi keselamatan orang awam.

“Kenyataan Bersama yang dipersetujui kedua-dua pihak turut menggariskan langkah-langkah praktikal dan positif, termasuk mekanisme pengesahan melalui Pasukan Pemerhati ASEAN serta saluran komunikasi terus antara pihak berkuasa pertahanan.

“Langkah itu memberi asas kepada kestabilan dan saya berharap kedua-dua negara melaksanakannya dengan setia,” katanya.

Anwar turut menyatakan, ketika Malaysia bakal menyerahkan Pengerusi ASEAN kepada Filipina tepat tengah malam 1 Januari 2026, Malaysia akan menyokong segala usaha bagi memastikan komitmen gencatan senjata dipatuhi, sekali gus memelihara prestij dan kredibiliti ASEAN sebagai rantau aman.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Thailand dan Kemboja menandatangani persetujuan gencatan senjata untuk menamatkan pertempuran sengit di sempadan yang berlarutan beberapa minggu.

Pertempuran tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya lebih 100 nyawa serta menyebabkan lebih setengah juta penduduk terpaksa berpindah.

Perjanjian itu antara lain menetapkan kedudukan semasa anggota tentera dikekalkan tanpa pergerakan atau penambahan kekuatan, di samping memperuntukkan pemantauan dan hubungan terus antara pihak ketenteraan kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN