IKAN baji atau ada sesetengah orang memanggilnya sebagai ikan bebaji mudah ditemui di kawasan muara dan tepi pantai yang dasarnya berpasir dengan bercampur lumpur. Sesuai dengan namanya, ikan ini memiliki kepala leper umpama ‘baji’ yang biasanya menjadi pasak kepada kapak, tukul atau parang. Di kiri dan kanan pada hujung kepalanya terdapat duri tajam yang mampu melukakan jari jika tersilap pegang. Ikan baji memiliki bentuk mulut yang sedikit memanjang di bahagian bawah dan mempunyai gigi-gigi halus tajam serta meruncing ke dalam.……














