fbpx
Rus'sele Eizan

‘Saya sudah beri nasihat tapi mereka tetap berkeras’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis sebelum ini telah menasihatkan wakil daripada Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya tidak meneruskan hasrat untuk menarik sokongan terhadap Menteri Besar (MB).

Bagaimanapun, Rus’sele Eizan berkata, dua individu terbabit masih berkeras untuk bertindak sedemikian.

“Sebagai Speaker, saya sudah memanggil dua orang daripada dua parti untuk memberi nasihat supaya mereka tidak meneruskan hasrat mereka. Tetapi mereka masih berkeras atas tujuan katanya untuk matlamat asal hanya nak turunkan MB sahaja, namun implikasi ke belakangnya itu mungkin mereka tak tengok.

“Bila berlaku itu, bila kamu mengkhianati mana-mana parti pun, parti akan ambil tindakan yang sama,” katanya pada sidang akhbar bagi memaklumkan tentang tiga kekosongan luar jangka membabitkan DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji di sini hari ini.

Berhubung kedudukan DUN ketika ini, katanya, tiga kerusi Pas kini dikosongkan, menjadikan jumlah kerusi DUN di Perlis kini terdiri daripada Pas enam, manakala Bersatu lima dan PKR satu.

“Sekiranya tidak ada apa-apa, ia masih dalam kelompok yang sama dalam satu pakatan iaitu PN (Perikatan Nasional). Jika tidak ada apa-apa penarikan diri dan sebagainya, kekuatan itu masih ada.

“Sekiranya berlaku sesuatu, maka Dewan Undangan Negeri akan tergantung dan sebab itu saya katakan pilihan raya kecil itu perlu diadakan bagi mengisi kekosongan yang berlaku,” ujarnya.

Kosmo! Online malam tadi melaporkan Pas membuat ketetapan bahawa keahlian tiga ADUN Perlis sebagai ahli parti itu terhenti berkuat kuasa serta-merta.

Mereka ialah ADUN Chuping, Saad Seman; ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN