fbpx
Intan berkata dakwaan itu langsung tidak berasas kerana dia sama sekali tidak meraikan perayaan berkenaan.

‘Saya hanya raikan pembantu’ – Intan Najuwa berang dituduh sambut Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kesal apabila tindakannya membawa keluarga pembantu rumah ke Kuala Lumpur disalah tafsir kononnya menyambut Hari Natal bersama mereka.

Ujar Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, dakwaan itu langsung tidak berasas kerana dia sama sekali tidak meraikan perayaan berkenaan.

“Saya sudah agak akan ada komen kurang enak. Saya tidak sambut Hari Natal kerana itu bukan agama saya.

“Pembantu rumah saya beragama Kristian, jadi saya raikan dia dengan bawakan keluarganya datang ke Kuala Lumpur untuk mereka sambut bersama.

“Bukan saya menari atau meraikan sekali. Niat saya sekadar mahu menyatukan keluarga mereka yang sudah lama tidak berjumpa,” katanya

Paling penting kata pelakon drama Tuan Danial itu, tindakannya tersebut lahir daripada rasa kemanusiaan dan penghargaan terhadap pembantu rumahnya, Jussele, yang menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang.

Malah dia menegaskan niat baik tidak seharusnya diputar belit sehingga mencetuskan salah faham melampau.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk sokongan terhadap keikhlasan Intan.

“Ini contoh majikan berhati mulia, bukan semua orang mampu buat begini. Pelik kenapa ada sahaja modal pembenci mahu hentam Intan,” komen netizen.

“Niat dia jelas, tak perlu heret isu agama ke arah negatif. Dah kalau pembantu dia Christian takkan mahu sambut Deepavali pula,” tulis pengguna media sosial.

“Kalau semua majikan fikir macam Intan, dunia lebih aman tapi itulah, ada sahaja orang yang suka cetus salah faham, padahal benda tiada apa pun,” tulis pengikut.

Sebelum ini, Intan berkongsi telah menerbangkan keluarga Jussele ke Kuala Lumpur sempena musim perayaan kerana memahami kerinduan pembantu rumahnya terhadap ahli keluarga.

Malah, tindakan itu turut dipuji segelintir netizen sebagai cerminan sikap matang dan perikemanusiaan seorang majikan, meskipun ada pihak cuba menangguk di air keruh dengan persepsi negatif. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN