ACARA International Monsoon Casting Tournament (IMCT) sebenarnya telah mula dianjurkan seawal tahun 2009. Acara ini bermula sebagai wadah mengumpulkan peminat-peminat mengilat gewang untuk ‘bermandi hujan’ di hujung tahun. Penyertaan awal seramai 22 orang kini telah mencapai jumlah tertinggi iaitu seramai 700 orang peserta pada tahun 2023. Pada tahun ini, penyertaan dikurangkan bagi memberi tumpuan kepada peserta antarabangsa selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Terengganu 2027. Tahun ini, IMCT mencatat penyertaan seramai 289 orang peserta dari Malaysia, Indonesia,……














