fbpx
Gambar hiasan

Hujan, ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlarutan sehingga pukul 7 malam ini di beberapa negeri.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melibatkan beberapa daerah di Kedah iaitu Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan.

“Di Perak, daerah terlibat termasuk Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Selangor pula melibatkan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, selain Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau,” katanya.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di seluruh Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Hujan turut diramal melanda Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Telang Usan dan Marudi) serta Limbang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN