fbpx
SKUAD futsal negara memburu kemenangan pertama pada perlawanan menentang Myanmar hari ini.

Skuad B-19 futsal rancang mula ‘langkah kanan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD futsal Bawah 19 Tahun (B-19) negara sudah ada gambaran awal tentang kualiti Myanmar yang bakal ditentang pada perlawanan pertama Kumpulan B Kejuaraan B-19 Asia Tenggara, hari ini.

Walaupun majoriti pemain baharu dan pertama kali kenal serta menyertai pertandingan peringkat antarabangsa, pemain negara, Muhammad Aidil Afiqzam Mohd Nasir tidak merasakan ia menjadi masalah besar.

“Pada awalnya agak sukar sedikit sebab ada pemain yang baru pertama kali kenal, tetapi kami cuba mengikut taktikal yang diberikan oleh barisan jurulatih. Sekarang semuanya berjalan dengan baik dan pemain cukup berdisiplin untuk menghadirkan sesuatu kepada pasukan.

“Sejak tiba lebih awal di Bangkok, kita boleh nampak perbezaan prestasi semasa berbanding apa yang kami tunjukkan ketika berada di Kuala Lumpur. Kejayaan pasukan senior di Sukan SEA memberikan semangat kepada kami.

“Malah, kami pun ada lihat perlawanan skuad negara di Sukan SEA ketika menentang Myanmar dan Indonesia, jadi sekarang kami juga bersemangat untuk ikut jejak langkah mereka,” katanya.

Tambahnya, sebagai pemain yang ada pengalaman bermain di pentas antarabangsa, Muhammad Aidil sanggup untuk memikul tanggungjawab tambahan bagi membina kekuatan mental rakan sepasukan yang lain.

“Saya ada peluang bermain dengan pemain senior negara dan dapat belajar sesuatu daripada mereka malah saya juga ada pengalaman bermain di pentas antarabangsa di Taiwan dan Vietnam. Jadi dengan apa yang saya ada, saya cuba bantu rakan lain,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN