fbpx
Keadaan bot yang ditelan lubang benam selepas air surut. - AGENSI

Lubang benam gergasi sedut air, telan 3 bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Tiga bot terkandas di sebuah terusan selepas ditelan sebuah lubang benam gergasi yang menyebabkan air tiba-tiba  kering dan membentuk kawah besar, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kejadian berlaku di terusan Llangollen, Shropshire, Britain, pukul 4.20 pagi (waktu tempatan) semalam.

Pemilik  sebuah bot yang terjejas, Bob Wood berkata, dia sedang tidur apabila botnya mula disedut ke arah kawah dan tersekat.

“Bahagian belakang bot menjulang kira-kira 2.4 meter dan saya terjatuh lalu bergolek ke bahagian depan,” katanya.

Wood  segera mengejutkan pemilik sebuah lagi bot yang sudah jatuh ke dasar kawah sebelum mereka segera memanjat naik ke tebing.

Sementara itu, jurucakap perkhidmatan bomba dan penyelamat berkata, tiga bot terperangkap dalam lubang benam yang berukuran 50 meter x 50 meter. 

“Anggota-anggota kami membantu lebih 10 orang awam berpindah ke tempat selamat.

“Bomba bekerja dalam keadaan mencabar dengan tanah yang tidak stabil dan air bergerak deras.  Kami menubuhkan sektor keselamatan di hulu dan hilir serta mula mengurangkan aliran air menggunakan sistem pintu air,” tambahnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN