fbpx
Pegawai polis yang berada di lokasi kejadian melakukan pemeriksaan susulan satu kejadian letupan yang berlaku di kawasan Desa Palma, di sini, pagi tadi. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/KOSMO!

Tiga objek IED ditemui susulan letupan di Desa Palma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI — Polis mengesahkan penemuan tiga objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) susulan satu kejadian letupan yang berlaku di kawasan Desa Palma, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 7.08 pagi selepas anggota bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dimaklumkan oleh orang awam mengenai kewujudan objek meletup serta paku yang bertaburan di kawasan berkenaan melalui panggilan sistem tindak balas kecemasan digital (NG MERS 999).

Menurut beliau, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati letupan dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan berdasarkan keterangan saksi awam.

“Susulan itu, polis menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas rumah-rumah berhampiran dan hasil pemeriksaan di salah sebuah rumah telah menemukan tiga objek disyaki sebagai IED,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kira-kira 250 meter dari lokasi kejadian, pihak polis turut menemui sebuah kenderaan yang disyaki menjadi punca letupan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN