fbpx
Berlian Koh-I-Noor

5 hadiah paling mahal di dunia, ada ‘harga’ sebuah negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HADIAH merupakan pemberian yang cukup bermakna, bukan sahaja menjadi lambang kasih sayang tetapi ikatan yang mengukuhkan sesebuah perhubungan. Setiap orang memberi nilai hadiah yang berbeza mengikut kemampuan ataupun permintaan si penerima.

Ada yang melihat harga sesebuah hadiah, ada juga yang melihat keikhlasan dan kasih sayang dicurahkan dalam mempersiapkan hadiah tersebut. Walau apapun, ukuran itu mengikut interpretasi masing-masing. Pada minggu ini CitaRasa kongsikan lima hadiah paling mahal yang pernah diberikan di dunia mengikut perkongsian di Masters Expo.

1- Treaty of Alliance

PADA tahun 1778, selepas tiga tahun berperang dengan Great Britain, Amerika Syarikat (AS) kekurangan wang dan menandatangani Treaty of Alliance (Perjanjian Pakatan) dengan Perancis. Perjanjian ini memberi mereka bekalan senjata dan sokongan ketenteraan tanpa had untuk memenangi Perang Revolusi Amerika, termasuk wang yang mencukupi untuk mengharungi perang.

Pada 3 September 1783, perang ini berjaya memberi kemerdekaan kepada AS. Hari ini ia kekal sebagai hadiah termahal yang pernah diberikan dalam sejarah dengan nilai sebanyak €18.6 bilion (RM89.2 bilion).

2- Koleksi Leonard A. Lauder

DERMAWAN dan ahli perniagaan AS, Leonard Lauder menyumbangkan tidak kurang 2013 karya seni kepada Muzium Seni Metropolitan di New York City pada tahun 1978. Koleksi tersebut dipanggil The Leonard A.

Koleksi-koleksi Lauder yang disumbangkan antaranya terdiri daripada karya seni oleh Pablo Picasso (33), Georges Braque (17), Juan Gris (14) dan Fernand Léger (14).

Ia dikenali sebagai salah satu koleksi seni terpenting pergerakan seni kubisme di dunia. Karya seni itu dianggarkan bernilai €1 bilion (RM4.8 bilion) dan merupakan sumbangan terbesar kepada muzium yang pernah ada.

3- Taj Mahal

MENGAMBIL masa 21 tahun untuk dibina (1632-1653), Taj Mahal menjadi lambang cinta agung Maharaja Mughal Shah Jahan untuk isteri kesayangannya Mumtaz Mahal. Istana ikonik India itu kini berada dalam senarai Warisan

Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Maharaja memerintahkan membina makam marmar gergasi untuk isteri kesayangannya. Mumtaz meninggal dunia semasa melahirkan anaknya yang ke-15. Maharaja Shah Jahan turut dikebumikan di situ. Nilai ‘hadiah’ itu pada hari ini ialah €768 juta (RM3.6 bilion).

4- Berlian Koh-I-Noor

SYARIKAT Hindia Timur Inggeris memaksa maharaja Sikh terakhir Dalip Singh untuk turun takhta pada tahun 1849. British mengambil pelbagai harta benda Parsi sebagai rampasan perang, antara yang paling bernilai ialah berlian Koh-i-Noor (gunung cahaya) 186 karat.

British menyerahkan berlian Koh-i-Noor kepada Ratu England, Victoria sebagai hadiah.

Pada masa itu, Ratu meminta agar ia dijadikan perhiasan berlian 105.6 karat kerana dia tidak menyukai kilauan itu. Pada tahun 1852, berlian telah dipotong di Amsterdam. Nilai permata mahkota hari ini adalah sebanyak €450.5 juta (RM2.1 bilion).

5- Kapal layar Tina Ambani

SELEPAS kematian ahli perniagaan India, Dhirubhai Ambani pada tahun 2002, dia mewariskan syarikatnya, Reliance Industries kepada dua orang anak lelakinya iaitu Mukesh dan Anil Ambani. Pada ketika itu, Reliance Industries dianggarkan bernilai €75.5 bilion (RM362 bilion). Nilai yang cukup besar untuk anak-anaknya menikmati kesenangan hidup.

Salah seorang anaknya, Anil kemudian membelanjakan €78 juta (RM374 juta) untuk membeli kapal layar sepanjang 34 meter sebagai hadiah kepada isterinya, pelakon Bollywood Tina Ambani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN