fbpx
TANG JIE (kanan) dan Ee Wei terpaksa akur kempunan ke pentas final WTF2025 selepas tewas di separuh akhir hari ini. - AFP

WTF2025: Beregu tuan rumah sekat hajat Tang Jie-Ee Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hasrat untuk menyaksikan sekurang-kurangnya satu wakil negara pada aksi final Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2025 tidak kesampaian selepas beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersingkir.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, China sebentar tadi, gandingan juara dunia itu terpaksa akur tewas dengan keputusan tiga set 21-9, 11-21, 17-21 kepada beregu tuan rumah, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Turun sebagai pilihan ketiga kejohanan, anak-anak buah Nova Widianto itu mempamerkan aksi cukup agresif di set pertama apabila mencatat kemenangan mudah 21-9 sebelum lawan kembali memperkemaskan permainan.

Meskipun cuba melakukan kebangkitan di set ketiga, namun Tang Jie-Ee Wei terpaksa menelan hakikat pahit apabila tersingkir daripada saingan selepas Zhen Bang-Ya Xin memenangi perlawanan dalam tempoh 58 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei gagal mengulangi pencapaian musim lalu di mana mereka berjaya melangkah ke perlawanan akhir sebelum tewas kepada pasangan legenda China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Menerusi penyingkiran gandingan No.4 dunia itu, maka berakhirlah cabaran Malaysia pada kejohanan penutup tirai tersebut selepas beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah turut terkandas di separuh akhir.

Menjelang aksi final esok, Zhen Bang-Ya Xin dijadualkan bertemu rakan sepasukan, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang menewaskan beregu Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 22-20, 17-21, 21-9. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI