PETALING JAYA – Suasana ceria dan penuh kemesraan menyelubungi jamuan durian warga Hal Ehwal Agama yang diadakan selepas waktu kerja semalam.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Hasan berkata, majlis itu menjadi peluang untuk beramah mesra dan bertanya khabar bersama warga kerja dalam suasana santai.
“Ramai peminat durian dan semua dapat makan sepuasnya. Kadang-kadang kita perlu kurangkan ceramah untuk rapatkan ukhuwah. Banyakkan aktiviti santai meraikan semua seperti makan durian,”katanya.
Dalam masa sama, beliau turut mengucapkan selamat bercuti kepada mereka yang menjalani cuti sekolah bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE














