fbpx
KIAN CHUAN (empat dari kiri) dan Jason (lima dari kiri) bersama barisan media menerima pengiktirafan sempena Anugerah MFMPA ASEAN 2025 di Petaling Jaya baru-baru ini.

Kosmo! diiktiraf media kecemerlangan gaya hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Akhbar Kosmo! meneruskan rentak kecemerlangan di lapangan kewartawanan apabila menerima pengiktirafan pada majlis Anugerah Persatuan Fesyen, Model dan Pageant Malaysia (MFMPA) ASEAN 2025 di Petaling Jaya baru-baru ini.

Kosmo! menerima Anugerah Kecemerlangan Media Gaya Hidup dan Komuniti 2025 atas kecemerlangannya menyajikan kepelbagaian artikel-artikel gaya hidup dan kemasyarakatan.

Anugerah disampaikan oleh Presiden MFMPA, Dr Jason Hee Jee Pin dan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia–China, Senator Tan Sri Low Kian Chuan kepada Pengarang Rencana Kosmo!, Adham Shadan.

Hanya empat media yang menerima pengiktirafan dalam majlis anugerah tersebut.

Anugerah MFMPA ASEAN mengiktiraf individu dan organisasi cemerlang yang menyumbang kepada ekonomi kreatif, selain memberi inspirasi melalui fesyen, peragaan, seni dan filantropi di Asia Tenggara.

Kian Chuan berkata, acara ini menandakan pencapaian penting warga ASEAN yang bersama-sama dalam persahabatan dan kolaborasi.

“Inisiatif seperti ini menunjukkan kekayaan rantau ini dan memperkuat pemahaman budaya dalam kalangan komuniti kita yang beraneka.

“Tahniah kepada semua penerima anugerah dan peserta. Semoga acara ini terus menyerlahkan perpaduan ASEAN menerusi budaya, kreativiti dan matlamat bersama,” katanya.

Lain-lain penerima ialah Harian Metro yang menerima Anugerah Pengaruh Media Cemerlang dan Kepimpinan Pembaca Bandar 2025, Berita Harian (Anugerah Sumbangan Cemerlang kepada Kewartawanan Nasional dan Kepimpinan Media Melayu 2025) dan The Sun (Anugerah Kecemerlangan Laporan Berita Nasional dan Maklumat Awam 2025).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN