fbpx

JKP gagal, Kamal enggan lafaz cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) tidak menemui kata sepakat, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menasihati pelakon Kamal Adli agar melafazkan cerai terhadap isterinya, Uqasha Senrose seperti yang dituntut wanita itu.

Begitupun, peguam Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian memaklumkan, perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan defenden masih mahu mempertahankan rumah tangganya sehingga mahkamah melantik hakam untuk prosiding pada 12 Januari 2026.

“Laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) sudah gagal, jadi mahkamah nasihatkan Kamal selaku defendan untuk melafaz talak satu tetapi defendan enggan berbuat demikian.

“Jadi, apabila masih enggan, mereka perlu melalui prosiding seterusnya iaitu hakam iaitu 12 Januari tahun depan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding keputusan JKP di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Pada masa sama, Syazmee turut mendedahkan mahkamah turut mensabitkan wujudnya shiqaq iaitu perbalahan dan persengketaan berpanjangan dalam rumah tangga pasangan terbabit.

“Berdasarkan laporan JKP, mahkamah mengatakan laporan tersebut sangat terperinci berkaitan dengan kekasaran rumah tangga, pukul, nafkah dan pergaduhan yang tidak berhenti.

“Jadi mahkamah mengambil kira faktor tersebut dan mensabitkan adanya shiqaq dalam rumah tangga pihak-pihak ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu dengan alasan tiada lagi persefahaman selain mengakui tidak sebumbung.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, 19 bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI