fbpx
eluarga Nor Isa berusaha mencarinya yang hilang sejak 2006 ketika berusia 10 tahun. Foto Thread Nash Solution

‘Hilang sejak 2006, aku doakan Nor Isa masih hidup, selamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hilang sejak 2006 ketika berusia 10 tahun, namun keluarga Nor Isa Nordin tetap tidak berputus asa dan masih menantikan kepulanganya ke pangkuan mereka.

Keluarga Nor Isa berusaha mencarinya yang kini dianggarkan berusia 29 tahun, dengan menampal notis memohon bantuan orang ramai serta disertakan gambar ketika dia masih kanak-kanak dan beberapa maklumat berkaitan.

Notis mohon bantuan itu ditampal di sebuah kondominium dan gambar itu dimuat naik oleh seorang pengguna Thread Nash Solution yang terlihat ia ditampal di dinding lobi.

“Sebak hati jumpa ni di lobi sebuah kondo. Hilang sejak 2006, umur semasa hilang 10 tahun. Umur anggaran sekarang 29 tahun. Keluarga adik Nor Isa tidak putus asa,” menurut kapsyen Nash Solution.

Pada notis yang dikongsikan itu, dimaklumkan lokasi terakhir Nor Isa dilihat ialah di Komtar Johor dengan laporan polis dibuat di Balai Polis Majidee. Ciri-ciri fizikal pula dengan anggaran tinggi 165 sentimeter serta kulit hitam manis.

Keluarga Nor Isa masih mencari dan memohon bantuan mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentangnya sama ada dahulu atau sekarang.

Turut disertakan ialah nama waris Norezan Nordin serta nombor telefon 81551559 atau PDRM 999.

Perkongsian mengenai kehilangan Nor Isa itu turut mendapat pelbagai maklum balas pengguna Thread, malah mereka mendoakannya kembali ke pangkuan keluarga.

“Allahuakbar, aku cuma doakan adik ni masih hidup lagi dan selamat walau mana pun dia berada,” komen Reana Lee.

“Moga ada antara doa kita dimakbulkan Allah. Moga adik ni selamat dan dapat berjumpa semula dengan keluarga dia,” kata Dasyhassan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN