PETALING JAYA – Penjual topi keledar mengakui jualan helmet kanak-kanak tidak memberangsangkan walaupun dijual pada harga mampu milik. Pemilik kedai topi keledar, Khairil Anwar Aseh, 37, berkata, tahap kesedaran ibu bapa untuk memakaikan topi keledar kepada anak-anak masih rendah, terutamanya ketika menghantar anak ke sekolah atau bergerak di kawasan berhampiran. Katanya, kadar pembelian helmet kanak-kanak sangat rendah berbanding topi keledar dewasa iaitu hanya satu daripada 10 pembelian. “Harga topi keledar kanak-kanak di pasaran bermula sekitar RM25 hingga RM100 bergantung kepada…














