fbpx
Poster yang dimuat naik oleh PHM di laman media sosial

Jangan paksa habiskan kopi jika badan tak selesa – PHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memaksa diri menghabiskan kopi jika badan menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan selepas meminumnya.

Public Health Malaysia (PHM) dalam hantaran berkata, reaksi seperti jantung berdebar, tangan sejuk, dada sempit, kepala ringan atau perut memulas bukan petanda seseorang ‘tak kuat’ kopi, sebaliknya isyarat jelas bahawa tubuh sedang memberi amaran.

“Kafein boleh naikkan degupan jantung, buat anda mudah cemas, tidur terganggu. Kalau ada gastrik atau GERD, kopi boleh buat pedih ulu hati atau tekak panas,” jelasnya.

PHM turut memaklumkan bahan campuran lain dalam kopi seperti susu, krimer, pemanis atau sirap juga boleh menjadi pencetus kepada cirit-birit, ruam atau rasa kembung.

Katanya, jika muncul gejala serius seperti sesak nafas, ruam kuat, muka atau bibir bengkak dan sakit dada yang menekan, individu perlu segera berhenti minum dan dapatkan rawatan kerana itu bukan tindak balas biasa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN