SEREMBAN – Seorang pembuat destar, tanjak dan tengkolok tradisional kekal bertahan di sebalik lambakan pembuatan alat perhiasan tiruan dan rekaan kreasi murah di pasaran demi prinsip mempertahankan seni dan makna pada setiap lipatannya. Shahrikhuzaimie Mansur, 42, berkata, walaupun produk tiruan dengan kreasi bercorak flora dijual serendah RM20 dan dipilih masyarakat khususnya orang muda, namun mereka gagal memahami nilai dan makna asal warisan. Katanya, persaingan itu bukan sekadar melibatkan harga, malah pemahaman masyarakat terhadap perbezaan antara tanjak warisan, tiruan dan rekaan…














