fbpx
KOMBINASI imej di laman X kelmarin menunjukkan tentera AS menyerang tiga bot diysaki membawa dadah di timur Lautan Pasifik. – AFP

AS tembak 3 bot dadah, bunuh 8 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON  – Serangan ke atas tiga bot didakwa membawa narkotik di timur Lautan Pasifik mengakibatkan lapan orang terbunuh semalam, kata tentera Amerika Syarikat(AS),  sebagai sebahagian daripada kempen anti dadah berterusan AS yang telah meragut lebih 90 nyawa.

“Perisikan mengesahkan bot-bot ini melalui laluan pengedaran narkotik  di timur Lautan  Pasifik dan terlibat dengan pengedaran dadah. 

“Lapan pengganas narkotik lelaki terbunuh semasa tindakan ini iaitu tiga di bot pertama, dua di bot kedua dan tiga di bot ketiga,” kata Markas Perintah Selatan AS dalam hantaran di platform X.

Hantaran itu termasuk rakaman video tiga bot berasingan berada di tengah laut sebelum setiap satunya diserang.

Sejak September lalu,  tentera AS di bawah ketua Pentagon,  Pete Hegseth telah menyasarkan bot yang didakwa membawa dadah di Laut Caribbean dan timur Lautan Pasifik,  memusnahkan sekurang-kurangnya 26 bot dan membunuh sekurang-kurangnya 95 orang.

Siri serangan itu disertai oleh penempatan besar-besaran tentera AS di Caribbean yang merangkumi kapal pengangkut pesawat terbesar dunia dan sebilangan kapal perang lain.

Presiden  Donald Trump bertegas bahawa matlamatnya adalah untuk memerangi pengedaran narkotik, namun pemimpin  Venezuela,  Nicolas Maduro menuduh Washington mahu melakukan pertukaran rejim di Caracas. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI