fbpx
Mohammad Shahrul menunjukkan ikan ketutu yang digelar hantu atau hodoh, tetapi bernilai kerana rasanya yang manis dan isinya yang padat.

Jackpot ikan ketutu hanya nelayan yang tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Ikan ketutu yang digelar dengan panggilan hantu, hodoh atau haruan bodoh sebenarnya mempunyai harga tinggi apabila dijual sehingga RM120 sekilogram (kg) dalam pasaran tempatan.

Nelayan dan peraih ikan su­ngai liar, Mohammad Shahrul Buari, 38, berkata, mendapat ikan itu bagaikan jackpot seolah-olah menemui ketulan emas kecil.

“Sekiranya mendapat seekor, sudah cukup untuk menceriakan nelayan kerana ia menjadi buruan utama bagi pengusaha restoran makanan Cina.

“Lebih menarik, ikan yang ha­bitat dan suka menyorok dalam kawasan semak dalam Sungai Perak ini ibarat bermusim iaitu banyak menjelang sambutan Tahun Baru Cina setiap tahun,” katanya ketika ditemui di Kampung Teluk Perang di sini semalam.

Menurut Mohammad Shahrul, ikan itu boleh mencecah RM120 1 kg dan purata berat yang ditangkap nelayan boleh mencecah sehingga 4 kg.

“Isinya yang padat, lembut dan manis menyebabkan ia digemari lagi-lagi bersifat liar di Su­ngai Perak. Ada dakwaan ia berkhasiat mampu mengurangkan penyakit darah tinggi dan semput,” kata­nya.

Ujarnya, ia sedap dimasak goreng, disira dengan sos masam manis tomato atau dimasak stim bersama sos tiram, minyak bawang putih, hirisan nipis halia muda dan sedikit perahan limau nipis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN