fbpx
Gambar hiasan.

Duit gadai barang kemas lesap ditipu pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang suri rumah kerugian lebih RM131,000 sehingga sanggup menggadai barangan kemas gara-gara terpengaruh dengan tawaran pelaburan dalam talian.

Menurut sumber, mangsa berusia 37 tahun yang menetap di Batu Caves telah terlihat satu iklan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan bulan lalu.

Mangsa yang berminat, kemudian menghubungi seorang lelaki untuk melabur sebelum diberi satu ujian kononnya bagi melayakkan dirinya menjadi pelabur syarikat terbabit.

“Wanita itu turut membuka akaun pelaburan melalui pautan yang diberikan bagi memudahkan urusan pelaburan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa telah membuat beberapa pemindahan wang ke akaun bank berbeza menggunakan wang hasil menggadai barangan kemas miliknya.

“Suspek juga terus meminta pelaburan tambahan walaupun mangsa sudah kehabisan wang dan bertanya bila pulangan akan diterima. Sejak itu, suspek memberi pelbagai alasan dan sehingga kini wang yang dilaburkan oleh mangsa tidak dipulangkan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Kita masih menunggu maklum balas permohonan penyata daripada pihak bank bagi membantu siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI