fbpx
FADHLINA (empat dari kanan) ketika simbolik Majlis Penyerahan Projek di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Tahir Jalaluddin, Bukit Mertajam semalam. – DANIAL SAAD

Akhirnya KPM akur keluhan guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memansuhkan Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM) bermula tahun hadapan dalam usaha me­ngurangkan beban tugasan guru.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu diya­kini membolehkan guru memberi sepenuh perhatian kepada kelas, murid serta proses pe­ngajaran dan pembelajaran (PdP) yang sebenar.

“Ini penting untuk mengembalikan fokus tugas hakiki guru iaitu soal pedagogi dan reformasi dalam bilik darjah yang perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

“Pada tahun hadapan, guru-gu­ru akan memberikan tumpuan pe­nuh kepada pengajaran, me­ningkatkan kualiti PdP sekali gus memastikan pelaksanaan Kurikulum 2026 serta persiapan menuju 2027 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pe­nyerahan Sekolah Baharu 20 Bilik Darjah, Asrama dan Kemudahan Lain di Sekolah Mene­ngah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin, di Bukit Mertajam, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Fadhlina ber­kata, keputusan tersebut memberi kesan langsung terhadap kebajikan serta beban tugas guru.

“Setiap perkara yang boleh mengurangkan beban guru akan dipertimbangkan secara serius dengan menilai kesannya secara menyeluruh.

“SPLKPM merupakan antara isu yang sering dibangkitkan dalam kalangan guru kerana dilihat mengganggu pelaksanaan tugas hakiki mereka.

“Justeru, pemansuhan sistem ini dibuat sebagai usaha berte­rusan kementerian untuk memberikan keyakinan serta mengurangkan beban tugas para guru,” katanya.

Untuk rekod, SPLKPM merupakan portal dalam talian yang digunakan guru dan pegawai KPM bagi mengurus latihan profesional termasuk merekod Kredit Pembangunan Profesional (CPD), mengakses kursus dalam talian serta mendapatkan sijil digital.

Sistem itu yang mula dilaksa­nakan pada 2010 sebagai usaha KPM menyeragamkan pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang sebelum ini direkodkan secara manual dan berasingan di peringkat sekolah serta pejabat pendidikan daerah.

Langkah itu sekali gus memudahkan pemantauan latihan guru secara lebih berkesan.

Berdasarkan data terkini, dianggarkan antara 430,000 hingga 450,000 guru di bawah KPM direkodkan dalam SPLKPM, melibatkan guru sekolah rendah dan menengah, pendidikan khas serta barisan pentadbir sekolah.

Kadar penyertaan guru dalam sistem itu dilaporkan melebihi 95 peratus, menjadikannya antara pangkalan data latihan profesional terbesar dalam sektor awam negara.

Melalui SPLKPM, setiap guru diwajibkan melengkapkan sekurang-kurangnya 42 jam latihan setahun merangkumi kursus, bengkel, seminar, pembelajaran profesional berterusan dan latihan kendiri yang diiktiraf KPM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI