fbpx

Terbitan hak KSB berjaya raih hasil RM77.12 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Khee San Berhad (KSB), sebuah pengeluar dan pengedar konfeksi Malaysia, mengumumkan kadar langganan sebanyak 80.25 peratus bagi Terbitan Hak Boleh Lepas Dengan Waran yang mana tempoh permohonannya telah ditutup pada 5 Disember 2025.

Terbitan Hak ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM77.12 juta, mencerminkan sokongan kukuh daripada para pemegang saham serta mengukuhkan usaha berterusan Kumpulan untuk mempertingkatkan kedudukan kewangannya sebagai sebahagian daripada Pelan Pemulihan.

Pengerusi Eksekutif KSB, Yong Loong Chen, berkata, pihaknya menghargai sokongan daripada para pemegang saham terhadap cadangan terbitan hak tersebut.

“Ini menunjukkan keyakinan terhadap strategi dan prospek Kumpulan pada masa hadapan. Pencapaian ini membawa kami lebih hampir kepada pemulihan kestabilan kewangan dan kemajuan ke arah keluar daripada status PN17,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif KSB, Edward JP Tan berkata, hasil daripada terbitan hak ini akan membolehkan  syarikat melaksanakan pelan pemulihan.

“Dengan memperkukuh kedudukan kewangan, ia akan menyokong keperluan modal kerja, menyelesaikan jumlah yang terhutang kepada pemiutang skim dan ia akan membolehkan kami terus memberikan nilai jangka panjang kepada para pemegang kepentingan,” ujarnya.

Dana yang diperoleh daripada terbitan hak  ini juga akan menyokong inisiatif pemulihan berterusan Kumpulan, termasuk keutamaan operasi dan kewangan utama yang digariskan dalam Pelan Pemulihan.

Sekali gus meletakkan KSB pada landasan yang lebih kukuh untuk pertumbuhan mampan.

Diluluskan oleh Bursa Malaysia pada 19 Ogos 2024, Pelan Pemulihan tersebut merangkumi terbitan hak dengan waran, skim pengaturan dengan pemiutang, pengurangan modal saham sebanyak RM137.52 juta, serta penubuhan skim saham pekerja.

Melalui inisiatif tersebut, KSB berada pada landasan yang tepat untuk keluar daripada status PN17 dan terus membina rekod lebih 70 tahun sebagai jenama konfeksi Malaysia yang dipercayai. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN