fbpx
Hantaran mi sup dimuatnaik Fadhlina di Facebook mengundang pelbagai komen netizen.

‘Takut Madnor, selagi sempat mummy masak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian santai Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di media sosial mengenai rutin memasak untuk anak-anak mencuri perhatian netizen.

Menerusi hantaran di Facebook, Fadhlina berkongsi kisah ringkas di dapur apabila menyediakan mi sup ayam atas permintaan anak-anaknya.

Menurut beliau, sup ayam tersebut perlu direneh lebih lama bersama halia dan akar daun ketumbar bagi memastikan khasiatnya meresap serta menghilangkan bau hanyir ayam.

Beliau turut berkongsi cara penyediaan asas dengan bawang ros, bawang putih dan sedikit halia yang diracik halus sebelum ditumis ‘darat’ bagi menghasilkan aroma bawang goreng yang wangi.

“Masak apa pun, nutrisi kena jaga. Sedap itu nombor dua,” katanya.

Dalam nada berseloroh, Fadhlina turut menyelitkan humor mengenai ‘Madnor’ yang disifatkan sebagai simbol cabaran, namun menegaskan ia tidak seharusnya ditakuti.

“Sebenarnya kita tidak boleh takut dengan Madnor. Kita mesti hadap Madnor walaupun tangan berkunyit atau tudung awning kosong tapi belakang berbunga,” tulisnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi positif di ruangan komen.

“Alamak terus saya lapar nampak post YB pagi ni, keluar cari mi sup dulu di Beluran Sabah,” Loren Fren.

“Dalam kesibukan tugas, masih sempat memasak sendiri di rumah, ditambah pula dengan humor yang bersahaja. Perkongsian ringkas begini terasa dekat dan realistik,” kata Miao Renfeng.

“Teringin nak jumpa YB, terasa macam kakak-kakak penyayang tapi duduk jauh, entah bila boleh jumpa secara berdepan. Ehhh tiber,” komen Ehan Abdullah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN