fbpx
Galeri Seni Lin Xiang Xiong

Galeri Seni Lin Xiang Xiong mercu tanda baharu di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pembukaan Galeri Seni Lin Xiang Xiong kini menjadi mercu tanda budaya baharu di Pulau Pinang yang mengangkat falsafah ‘Seni untuk Keamanan’ sebagai teras penubuhannya.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pembukaan galeri tersebut memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai negeri yang subur dengan seni, budaya dan kreativiti selari dengan aspirasi Penang2030 untuk membina masyarakat berpendidikan, inklusif dan berdaya saing.

“Galeri ini bukan sekadar ruang mempamerkan karya seni, tetapi menjadi wadah dialog, pemahaman dan refleksi kemanusiaan.

“Seni membantu kita memahami antara satu sama lain merentas budaya dan latar belakang,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran galeri tersebut di sini, hari ini.

Majlis perasmian itu turut dihadiri Pengasas Galeri Seni Lin Xiang Xiong, Profesor Lin Xiang Xiong, bekas Perdana Menteri Perancis, Jean-Pierre Raffarin, selain tokoh-tokoh kepimpinan negeri, diplomatik dan seni antarabangsa.

Terletak di The Light Waterfront, Galeri Seni Lin Xiang Xiong kini dalam fasa pembukaan awal dan dibuka kepada orang ramai dari Selasa hingga Ahad (tutup pada hari Isnin). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN