fbpx
TOLENTINO (tengah) mencipta sensasi apabila memenangi pingat emas dengan rekod baharu Sukan SEA acara 110m berpagar semalam.

Sukan SEA: Tolentino pecah rekod 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Atlet olahraga Filipina, John Cabang Tolentino mencuri tumpuan apabila memecahkan rekod Sukan SEA acara 110 meter (m) lari berpagar sekali gus menjadi pencetus hari gemilang buat kontinjen negara itu di temasya Sukan SEA Thailand 2025.

Pelari berusia 24 tahun itu menjuarai acara berkenaan di Stadium Nasional Suphachalasai, Bangkok dengan catatan 13.66 saat (s), memadam rekod lama 13.69s milik atlet Thailand, Jamras Rittidet yang bertahan sejak edisi 2015.

Ia turut menyaksikan Tolentino memperbaiki pencapaian gangsa yang diraihnya pada edisi Kemboja 2023, selain menyingkirkan cabaran atlet Singapura, Ang Chen Xiang yang mencatat masa peribadi terbaik 13.75s untuk perak.

Pernah beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024, Tolentino mengakui kejayaan tersebut membawa makna besar buat dirinya dan seluruh pasukan Filipina.

“Bagi saya, ia satu penghormatan besar dapat menaikkan bendera Filipina di puncak podium. Saya benar-benar gembira dengan pencapaian ini,” katanya.

Kejayaan Tolentino menjadi sebahagian daripada lonjakan prestasi luar biasa Filipina dalam olahraga apabila Hokett delos Santos turut menyumbang emas acara dekathlon lelaki.

Delos Santos mengumpul keseluruhan 6,917 mata untuk menafikan impian atlet tuan rumah, Suttisak Singkhon yang memburu kejuaraan hatrik dengan wakil Thailand itu terpaksa berpuas hati meraih perak selepas mengutip 6,649 mata.

Setakat ini, Filipina mengumpul 11 emas, 16 perak dan 35 gangsa untuk berada di kedudukan kelima carta pungutan pingat, di belakang Thailand, Vietnam, Indonesia dan Singapura dengan baki lapan hari pertandingan masih berbaki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN