fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan seekor kucing dikurung dalam kotak bertindih batu bata.

Kucing dikurung dalam kotak, ditindih batu bata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Apa salah kucing itu sampai nak kurung macam ini?”

Itu reaksi seorang lelaki selepas menjumpai seekor anak kucing di dalam kotak yang ditindih batu bata di sebuah restoran di Cyberjaya, Selangor, baru-baru ini.

Menerusi hantaran pengguna Threads @Ch3kal, dia berkongsi rakaman sedang mengeluarkan seekor kucing dipercayai kelaparan selepas dikurung oleh seorang lelaki.

“Apa salah binatang kecil ini sampai kau nak kurung macam ini sekali. Nampak seseorang angkat anak kucing ini dan kurung dalam kotak.

“Anak kucing ini asyik berbunyi meminta makanan. Apa salahnya kau kongsi rezeki yang kau tengah makan pada kucing sikit,”

Malah katanya, keadaan anak kucing yang sakit akibat buasir itu memaksa lelaki berkenaan membawanya ke klinik haiwan untuk dirawat.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen termasuk yang bersimpati dengan keadaan kucing itu.

“Takkan jatuh miskin berkongsi makanan dengan haiwan,” komen @Salinazahmad.

“Dosa apa kucing itu buat pada dia sampai sanggup tutup dengan batu. Semoga segala rezeki terhalang kepada orang yang buat seperti itu,” komen @Ivylavigne_.

“Manusia yang buat begitu memang tiada hati perut. Tunggu sahaja balasan kau,” komen @A.noire_. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN