fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hampir di seluruh negara hingga pukul 7 malam.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, manakala di Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Selain itu, hujan lebat turut dijangka di Besut dan Hulu Terengganu di Terengganu, manakala Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin di Pahang turut terjejas,” katanya.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat berterusan juga dijangka melibatkan seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di Sarawak, amaran ribut petir diramal berlaku di Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis) dan Limbang.

“Bagi Sabah, melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN