PETALING JAYA – Seorang pekerja di sebuah universiti awam yang berkongsi rutin hariannya sebagai penghidap cerebral palsy menyentuh hati ramai apabila kegigihannya menjadi sumber inspirasi ramai.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @ak_aslamm, memaparkan kehidupannya yang bekeja di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai orang kurang upaya (OKU) yang masih mampu menjalankan aktiviti harian seperti individu lain.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata memberikan kata semangat selain meluahkan rasa syukur dan inspirasi dari kegigihannya.
“Saya dah sampai tahap berputus asa nak belajar tetapi bila tengok abang punya usaha, saya jadi semangat dan saya cakap dekat diri sendiri kalau abang boleh tak akan saya tidak boleh,” komen Lisa.
“Awak antara sebab saya tiba-tiba rasa nak sambung ijazah diusia 26 tahun. Tetapi masih tengah mengatur masa sebab kita ada anak kecil. Banyak masih perlu disediakan,” kata @lumivelleee.x
“Pinjam semangat ya dik. Tengah cari semangat untuk sambung cita-cita yang tertunggak dulu. Akanku usahakan ijazah itu, Insya-Allah,” komen Siti. – KOSMO! ONLINE
@ak_aslamm aktiviti seharian di UniSZA #oku #unisza ♬ original sound – DNP














