fbpx
Kubur seorang lelaki digali dan dibiarkan berlubang. - Istimewa

Kubur berlubang gemparkan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Musi Rawas, wilayah Sumatera Selatan gempar apabila kubur seorang lelaki yang baru meninggal dunia digali dan dibiar berlubang oleh individu tidak dikenali, lapor laman berita Detik semalam.

Dalam kejadian malam Ahad lalu, penduduk Kampung Mataram terkejut melihat kubur seorang warga emas yang baru meninggal dunia mempunyai kesan digali keesokan paginya.

Ketua Polis Tugumulyo, Asisten Komisioner Rusdan berkata, tiada objek daripada jenazah yang hilang, manakala kubur itu tidak digali dengan habis.

“Maklumat yang kami dapat menunjukkan bahawa kubur itu digali malam Ahad lalu. Kubur itu tidak digali dengan habis, cuma kira-kira 50 sentimeter di bahagian kepala jenazah. Tiada apa-apa yang dicuri,” katanya.

Tambah Rusdan, pihaknya percaya bahawa pelaku bertindak demikian kerana mengamalkan ilmu hitam.

“Kata orang, mereka (pengamal ilmu hitam) perlu menggali menggunakan tangan kosong, tidak boleh menggunakan alat. Mungkin disebabkan itu kubur tersebut tidak digali sehabisnya. 

“Namun, kebiasaannya mereka memilih kubur gadis atau wanita yang baru melahirkan anak. Berbeza kali ini, ia adalah kubur seorang lelaki warga emas,” kata Rusdan.

Sementara itu, Ketua Kampung Mataram, Hendi Mukhtar berkata, waris si mati memberitahu bahawa lelaki tersebut baru sahaja meninggal dunia 47 hari.

“Pelakunya masih belum diketahui. Namun, menurut penduduk setempat, ia berkemungkinan besar berkait rapat dengani ilmu hitam atau ilmu kebal,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN